| Hah?! Windows 7? |
|
|
|
|
Apa dah jadi pada Windows Vista? Tak laku atau tak berjaya seperti abang-abangnya terdahulu? Persoalan yang harus dijawab oleh Microsoft Corporation atau Bill Gates sendiri kepada semua penggemar-penggemar perisian Windows. Setelah pelancaran Windows Vista dilaksanakan beberapa bulan lalu, nyata kemunculannya tidak dapat menandingi kehebatan Windows 3.1, Windows95 dan Windows XP. Kenapa tiba-tiba sahaja Microsoft menukar nama kepada versi nombor seperti Apple? Mungkinkah mereka ini cuba meniru taktik Apple? Masih dalam pembangunan dan Microsoft dah mula menyebar khabar angin mengenai penukaran versi seterusnya kepada turutan nombor seperti yang dimaklumkan oleh Nash, Corporate Vice President, Windows Product Management. Windows 7 adalah sekelompok windows keluarga NT tidak termasuk Windows yang berasaskan NT. Golongan Windows NT boleh ditafsirkan bermula dari zaman Windows NT 3.1, 3.5, 4.0, 2000, XP, Vista dan versi akan datang iaitu Windows 7.
Tukar nama ke tukar antaramuka ker, Windows 7 masih mengekalkan rentak seperti Windows Vista. Jangan terburu-buru mendapatkan Windows Vista kerana kini atau tidak lama lagi akan muncul Windows 7. Link berkaitan: |