| Upgrade Macbook RAM, murahnya! |
|
|
|
|
Ini ada la satu kisah pasal upgrade macbook memory. Setelah aku usha forum-forum Mac dan explore habis-habisan website apple, aku gagal menemui memory DDR2 yang paling sesuai dan tested untuk macbook pada kadar harga berpatutan. Apple reseller pun jual 4GB pada kadar harga nak cecah RM1k. Tapi aku masih percaya kat luar sana masih ada memory yang aku boleh dapat dn comaptible dgn macbook pada kadar harga yang memuaskan. Ternyata berhasil! Terima kasih kepada forum mymug.org kerana telah memberi idea kepada aku untuk mendapatkan memory daripada Crucial.com. Jika melayari laman web crucial.com, anda akan dapati ada satu tool istimewa yang boleh mengesan memory Macbook anda secara tepat. Aku dah guna dan mmg berkesan. Ia dapat mengesan memory current dan mengesyorkan memory terbaik utk macbook. Aku pilih recommendation by crucial iaitu pembelian 4GB kit (2GBx2) DDR sodimm 200 pin. Harga dalam USD adalah sekitar USD68 (setelah dirounding). Ini bersamaan dengan RM238 (pada kadar 1USD = RM3.50). Terperanjat besar aku pasal ianya terlalu murah berbanding memory yang ditawarkan oleh apple reseller. Dan yang bestnya, memory ni pun dah diuji berkesan dengan macbook. Aku dah survey dan research, rata-rata pengguna macbook di US pun syorkan beli yang ini. Setelah dicampur dengan shipping cost Fedex - USD30 (RM105), keseluruhan kos membeli belah secara online adalah RM343. Masih murah lagi. Aku tahu kat Malaysia mmg ada jual memory ni cuma aku kurang jelas tentang ketulenannya dan kurang pasti adakah ia benar-benar diuji. Untuk kepastian, aku memilih untuk order dr US iaitu dengan pengeluar dia sendiri. Order 20/10 dan dijangka sampai 27/10. Uihh lamanya.. itu lah apa yang aku tgkkan pada status shipping. Ternyata sangkaan aku meleset... bungkusan tersebut tiba pada 23/10! 4 hari awal dari masa yang dijangkakan. Aku track bungkusan tersebut setiap hari.. mmg Fedex superb. Buat kerja 24 hours... Semalam (23/10).. aku dah uji dan follow instruction untuk install memory dan berjaya! Macbook dapat kenal dengan memory tersebut. Kelajuan.. boleh dikatakan 30% laju daripada sebelumnya sebab maksima memory support 4GB je.. takleh pergi 8GB. Moral of the story, aku dah install memory pada tahp maksima dan tak perlu risau jika harga memory ni akan naik atau dah takde kat pasaran.. hehe Link berkaitan |